TOKYO: Penyerang Bayern Munich Sadio Mane mengesahkan beliau akan meninggalkan juara Bundesliga itu, lapor Agensi Berita Jerman ( dpa ).

Mane memberitahu Sky News bahawa beliau sedih untuk meninggalkan Bayern, sambil menambah: "Saya mahukan pengakhiran yang berbeza."

Bintang Senegal berusia 31 tahun itu sedang menunggu perpindahan ke kelab Liga Pro Saudi, Al-Nassr. Beliau dilapor akan menjalani pemeriksaan perubatan pada petang Isnin.

"Saya tahu saya dapat membantu pasukan ini musim ini

"Saya mendoakan yang terbaik buat kelab dan para penyokong untuk masa depan," kata penyerang itu dalam kenyataan eksklusif kepada Sky News.

Bayern Munich meninggalkan Jepun menuju ke Singapura pada Ahad tanpa Mane.

Yuran perpindahan Mane ke Al-Nassr dianggarkan sekitar EUR30 juta (AS$33.2 juta).

Mane berpindah ke Munich pada musim panas lalu dan mengalami musim pertama yang sukar, termasuk kecederaan jangka panjang yang menyebabkan beliau terlepas aksi Piala Dunia. Pemain itu juga terbabit dalam pertengkaran bilik persalinan dengan rakan penyerang Leroy Sane.

-- BERNAMA